Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Joo Ven lepasi pusingan kelayakan

soong-joo-ven-malaysia-badminton.jpg
Saingan Masters Indonesia telahpun membuka tirai dan menyaksikan beberapa pemain badminton negara mara ke undian utama ataupun tewas pada pusingan kelayakan.

Pemain perseorangan profesional negara, Soong Joo Ven mara ke undian utama selepas menewaskan pemain Azerbaijan, Ade Resky Dwicahyo 21-15, 21-11.

Terlebih dahulu Joo Ven terpaksa berhempas pulas pada pusingan kelayakan pertama bagi mengalahkan pemain India, Kartikey Gulshan Kumar, 21-16, 9-21, 21-14.

Menggunakan momentum kemenangan tersebut, Joo Ven dengan mudah memastikan slot ke undian utama kejohanan selepas memenangani pusingan kedua kelayakan Masters Indonesia.

"Ia merupakan kemenangan yang baik kerana ia agak sukar sekaligus membantu untuk saya mendapatkan semula rentak terbaik di gelanggang," kata Joo Ven.

"Lawan selepas ini adalah Chou Tien Chen dari Taiwan, ia sukar tetapi saya tidak dapat untuk menghadapinya."

Joo Ven juga bakal beraksi buat kali pertama bersama pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh Liu Ying, dalam acara beregu campuran bagi Masters Indonesia.

Pemain itu mengakui masih terdapat banyak perkara yang harus diperbaiki sebelum mampu mempamerkan aksi yang memberangsangkan dalam kategori beregu campuran.

"Daripada segi persiapan, belum lagi cukup bagus kerana perlu membahagi masa persiapan aksi perseorangan dan beregu campuran. Setakat ini, ia menghadirkan corak permainan yang berbeza tetapi saya masih mampu menyesuaikan diri."
 

Advertisement

Must Watch Video