Skip to main content

Badminton

Masters China : Pearly-Thinaah tersingkir awal ekoran kesilapan mudah

pearly-tan-m-thinaah2.jpg

Beregu wanita nombor satu Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah disingkirkan seawal pusingan pertama selepas diatasi gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dalam aksi sengit straight set. 

Pearly-Thinaah lambat panas pada awal set pertama dengan siri kesilapan mudah sehingga ditinggalkan jauh 9 mata berbalas 17 untuk gandingan nombor 11 dunia dari Korea Selatan membolot set pertama dengan 21-11. 



 

Advertisement

Lain pula skripnya di set kedua, Pearly-Thinaah yang rangkul Naib Juara Terbuka Hong Kong September lalu tampil lebih agresif untuk mendominasi pertarungan dengan meninggalkan lawan 7 mata berbalas 17 sebelum menoktahkan set kedua dengan 21-15 untuk mengheret ke set penentuan. 

Set penentuan berlangsung sengit dengan kedua-dua pihak saling berkejaran mata hingga 19 sama sebelum perlawanan diheret lagi susulan ‘deuce’ 20-20. Lebih memeritkan, Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 22 berbalas 20 akibat kesilapan mudah Thinaah ketika pukulannya sangkut di net. 

Must Watch Video