Skip to main content

Badminton

Malaysia perlu bersabar dengan Zii Jia -- Kenny

ziijia.jpg
Peminat badminton tanah air perlu bersabar dengan perjalanan kerjaya Lee Zii Jia sekalipun perseorangan lelaki nombor satu negara itu boleh tewas kepada pemain tidak ternama sehari selepas menidakkan lawan bertaraf bekas juara dunia.

Musim ini sudah menyaksikan Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas pemain ternama, bermula dengan Chen Long dalam Terbuka Indonesia, Julai lalu dan semalam, pemain berusia 21 tahun itu menewaskan seorang lagi bekas juara dunia, Victor Axelsen, untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Korea Selatan.
Bagaimanapun, dia masih mencari rentak untuk kekal konsisten sepanjang kejohanan dan atas dasar itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi setiausaha agungnya, Datuk Kenny Goh, berasakan sebarang perbandingan Zii Jia dengan Datuk Lee Chong Wei haruslah seiringan dengan perkembangan pemain itu.

"Saya tidak melakukan kesilapan dengan membandingkan kedua-dua pemain ini. Setiap pemain memiliki keistimewaan tersendiri dan setiap pemain memiliki cara perkembangan yang berbeza," katanya.

"Kami akan berusaha membantu Zii Jia daripada setiap aspek untuk mempertingkatkan lagi mutu permainannya."

Advertisement

Must Watch Video