Goh Liu Ying baru-baru ini memahat namanya ke dalam Malaysia Book of Records untuk pencapaiannya dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
Bekas pemain beregu campuran negara itu menerima pengiktirafan sebagai wanita pertama Malaysia yang memenangi medal Olimpik menerusi badminton setelah dia dan Chan Peng Soon pulang dengan perak dalam temasya tersebut.
"Daripada menghambat bulu tangkis di gelanggang kepada kurniaan penghormatan negara. Terima kasih, Malaysia Book of Records atas anugerah ini. Semoga ini memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk percaya dengan keupayaan sendiri.
"Impian Olimpik menjadi kenyataan," katanya.
Dalam perlawanan akhir Olimpik 2016 itu, Peng Soon-Liu Ying tumpas dalam kepada wakil Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir, namun pencapaian ke mara itu sendiri merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan.
Liu Ying sendiri mengakui mara ke final Rio de Janeiro bagaikan mimpi indah, lebih-lebih lagi selepas dia menjalani pembedahan di kedua-dua lututnya dua tahun sebelum itu.
Tahun lalu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, juga menghampiri pingat dalam Sukan Olimpik Paris sebelum terpaksa berpuas hati mengakhiri kempen di tempat keempat berikutan tewas dalam penentuan gangsa.