Skip to main content

Badminton

Lin Dan sekat hajat Chong Wei di Wuhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chong-wei-290417.jpg
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, gagal buat kali kedua berturut-turut dalam ikhtiar menewaskan seteru utamanya, Lin Dan, dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2017, hari ini. 

Pertembungan kedua-dua pemain dalam final Terbuka Malaysia pada awal bulan ini menyaksikan pemain China itu meraih kemenangan ke atas Chong Wei dan sudah pasti, dia ingin membalas dendam kekalahan di tangan Lin Dan di Wuhan, China pula. 

Turun selaku wakil tunggal negara dalam separuh akhir, Chong Wei bagaimanapun kerap kali gagal menangani ketangkasan Lin Dan dan terpaksa akur tewas mudah 21-13 dalam set pertama. 

Skrip sama terus berulang dalam set kedua dengan Chong Wei sekali lagi tidak mampu menyaingi Lin Dan yang terus gah beraksi di laman sendiri. 

Selepas pertarungan itu berlanjutan selama 52 minit, Chong Wei tunduk 21-15, sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu. 
 

Advertisement

Must Watch Video