Smash yang dilakukan pemain berusia 24 tahun itu mencapai kelajuan 498.8 kilometer per jam, meninggalkan pencabar terdekat, yang juga wakil tuan rumah, Chico Aura Dwi Wardoyo, yang mencatatakan 493.6 km/j.
Lee Zii Jia pula berada di kedudukan ketiga dengan 476.3 km/j dan Jun Hao juga di belakangnya dengan smash keempat terkencang dengan 455.8 km/j.
Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu mencipta sensasi dalam Terbuka Indonesia, di mana dia menumbangkan pemain pilihan seperti Jonatan Christie dan Chou Tien Chen, sekali gus melonjakkan kedudukan rankingnya ke tangga ke-28 dunia.
Perjalanan Jun Hao kemudian tamat di tangan jaguh China, Li Shi Feng, dalam suku akhir.
Presenting the most powerful smashes at #IndonesiaOpen2024. ???
— BWF (@bwfmedia) June 12, 2024
Powered by @foundit_MY.#BWFWorldTour
Men's singles ? pic.twitter.com/HkZC8xztcx
Malaysia turut mencatatkan satu lagi rekod smash terkencang dalam acara beregu lelaku menerusi Nur Izzuddin Rumsani.
Gandingan kepada Goh Sze Fei itu mencatatkan smash dengan kelajuan 493.4km/j meninggalkan pencabar terdekat, Lu Ching Yao, dengan 490.8km/j.
Presenting the most powerful smashes at #IndonesiaOpen2024. ???
— BWF (@bwfmedia) June 12, 2024
Powered by @foundit_MY.#BWFWorldTour
Men's doubles ? pic.twitter.com/thura8f1xZ