Skip to main content

Badminton

Lee Zii Jia ingin berehat seketika

lee-zii-jia.jpg
"Saya tidak pasti berapa lama saya akan ambil tetapi saya saya mahu berhenti daripada badminton seketika sehingga saya kembali mendapat motivasi.

"Saya akan berhenti dan berehat untuk seketika," kata Lee Zii Jia kepada laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebaik tamat pertarungannya hari ini. 

Demikian kenyataan yang keluar dari mulut perseorangan profesional negara itu menggambarkan betapa dia seolah-olah tidak bersedia untuk beraksi dalam Terbuka Indonesia.

Ia merujuk kepada dia sudah lama merancang untuk berehat daripada badminton kerana sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainannya di atas gelanggang.

Malah, ini juga merupakan penyingkiran kedua berturut-turut di peringkat sama buatnya.




Selepas rebah dalam set pertama dengan kekalahan 17-21 kepada Lakshya Sen, Zii Jia seolah-olah tidak mampu lagi untuk beraksi dalam set kedua sejurus kedudukan terikat 2-2, tiada lagi tanda kebangkitan dipamerkan pemain ini. 

Ia memudahkan tugas Laksya untuk menamatkan set kedua itu tanpa sekalipun Zii Jia mampu menghambat kedudukan.

Sebaik tewas 13-21, Zii Jia tanpa berselindung meluahkan hasrat yang dipetik BWF untuk berehat seketika daripada dunia badminton.



 

Advertisement

Must Watch Video