Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria menjelaskan bahawa pemain badminton perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia diberikan tempoh sehingga pertengahan November ini untuk tandatangani perjanjian Road To Gold (RTG) Sukan Olmpik 2024.
Setakat ini hanya Zii Jia belum menurunkan sebarang tandantangan, pada ketika atlit lain yang tersenarai sudahpun menandatangi perjanjian RTG.
Menurut Norza, berdasarkan beberapa laporan media, Zii Jia tampak komited kepada RTG.
"Saya harap Zii Jia akan segera jumpa Stuart (Ramalingam - Penyelaras Program RTG) dan sekretariat untuk meterai perjanjian RTG," kata Norza pada Khamis. "Saya harap ia dapat dilakukan dengan kadar segera supaya banyak bantuan dapat diberikan dalam program RTG.
RTG adalah program persediaan menyeluruh untuk atlit elit yang terpilih bagi mencabar pingat emas di Paris tahun hadapan serta Los Angeles 2028 dan kejohanan utama yang lain.
Mengenai kemungkinan Zii Jia digugurkan dari program RTG andai enggan menurunkan tandatangani, Norza berkata tidak perlu membuat spekulasi seperti itu memandangkan laporan media menyebut bahawa pemain itu akan menurunkan tandatangannya.