Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, kini berpeluang menebus kegagalannya dengan mencuba pendekatan baru untuk membawa arena badminton negara ke taraf yang sepatutnya.
Kenny kembali melapor diri di BAM, Khamis lalu, selepas meninggalkan badan induk itu dengan jawatan pengurus besar, empat tahun lalu.
Kini, dia bukan sahaja bertanggungjawab sebagai setiausaha agung menggantikan Datuk Ng Chin Chai, namun turut berperanan mengatur perincian program barisan pemain sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T).
Dia akan cuba mendapatkan gambaran terbaik menerusi Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, jika ada keperluan merombak program sedia ada dengan misinya tidak mahu menjadikan C&T sebagai sesuatu yang mengehadkan perkembangan pemain.
"Tumpuan akan lebih diberikan kepada atlet, kebajikan mereka serta fikirkan bagaimana mereka boleh dibantu untuk meningkatkan prestasi.
"Peranan C&T juga akan dikaji kerana saya tidak mahu ia menjadi jawatankuasa yang menghalang, sebaliknya memberi kebaikan kepada pemain," katanya.
Kenny yang sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi untuk Badminton Asia mempunyai pelan tersendiri dengan cuba mengadaptasi program latihan yang berkesan di negara-negara serantau untuk diterapkan ke dalam kem kebangsaan.
"Memang saya sudah jumpa Chin Chai dan jurulatih lain secara individu untuk memahami lebih mendalam keadaan dalam C&T. Saya juga telah menerima banyak maklum balas dan pendapat mereka."