Perseorangan lelaki dunia hilang pengaruh seorang juara Eropah menerusi persaraan bintang badminton England, Rajiv Ouseph, yang membuat penampilan terakhir dalam Kejohanan Dunia di Basel, sekali gus memberi laluan untuk limpahan bakat muda lain mendukung acara itu.
Ouseph, 32, menyifatkan perlawanan kompetitif terakhir yang dihadapi sebagai pengalaman yang sukar digambarkan.
Meskipun tersingkir dalam pusingan pertama, dia gembira kekalahan itu dihadiahkan buat seorang pemain yang disifatkan sebagai jaguh dunia dalam pembikinan dari Indonesia, Jonatan Christie.
"Ia sangat menarik. Saya mempersiapkan diri untuk perlawanan ini tetapi gembira tewas di tangan pemain seperti Christie. Dia bermain dengan baik tahun ini dan mencatat keputusan yang bagus. Ia satu pertemuan yang bagus dan walaupun saya tewas, ia menjadi memori yang takkan saya lupakan," katanya.
Ouseph membawa seribu kenangan sepanjang menjadi sandaran utama buat England sejak sedekad lalu, sama seperti apa yang digalas Datuk Lee Chong Wei sewaktu mewakili Malaysia.
Kini, dia boleh menikmati persaraan bersama keluarga sambil mengikuti perkembangan perebutan takhta raja perseorangan lelaki dunia.
"Ya, saya rasa ia akan kekal menarik. Lin Dan masih beraksi dan sudah tentu generasi baru akan muncul seperti wakil dari Indonesia dan Malaysia. Jadi, saingan akan datang pasti seronok untuk disaksikan."