'Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia', itu luahan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Piergardi, selepas kempen Kejohanan Dunia BWF 2025 tamat tanpa sebarang pingat dalam sektor beregu lelaki.
Bagi gandingan Man Wei Chong–Tee Kai Wun, persembahan menentang juara bertahan Korea Selatan, Seo Seung-jae dan Kim Won-ho dinilai lebih baik berbanding pertemuan terakhir di Terbuka Jepun, namun kesilapan 'unforced errors; di set ketiga jadi punca kekalahan.
Untuk Aaron Chia–Soh Wooi Yik, Herry 'Naga Api' menegaskan mereka gagal mempamerkan magis sebenar.
Namun Herry yakin pasangan itu akan kembali lebih kuat dalam kempen mendatang.
"Sebagai jurulatih, saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia menghadirkan gelaran buat negara di pentas Kejohanan Dunia.
"Man-Tee telah menampilkan permainan yang cukup cemerlang. Secara keseluruhan mereka telah menghadirkan perkembangan dalam permainan mereka," katanya.
"Semestinya bagi Aaron-Wooi Yik sudah pasti tidak berada di tahap terbaik, mereka seharusnya lebih cemerlang namun saya pasti mereka akan bermain lebih baik akan datang."