Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Saya minta maaf -- Jurulatih Pearly-Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rosman.jpg
'Saya minta maaf kerana hari ini kita tidak dapat lahirkan satu lagi juara dunia'

Itu luahan ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, selepas anak buahnya, Pearly Tan-M.Thinaah, menutup kempen Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 dengan pingat perak.

Pada Hari Kemerdekaan, Rosman sebagai pengendali Melayu yang membimbing pemain India dan Cina, baginya kejayaan itu cukup bermakna untuk semangat muhibah.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat melahirkan satu lagi juara dunia, tetapi saya tetap berbangga dengan pemain saya.

"Mereka telah mencuba sedaya upaya meskipun tidak memiliki rekod pertemuan yang baik.

"Kita ada pelbagai bangsa dan tidak melihat itu sebagai halangan. 

"Kami ialah satu pasukan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

Namun, perjalanan masih panjang buat gandingan ranking kedua dunia itu kerana sasaran utama adalah emas dalam Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

"Itu adalah sasaran sebenar kami.

"Setiap kejohanan adalah proses bagi kami untuk belajar.

"Kami mahu menjadi yang terbaik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video