Skip to main content

Badminton

Kejohanan Badminton Terbuka Northern Marianas: Justin Hoh serba tidak menjadi dalam final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

justin-hoh.jpg
Pemain perseorangan negara, Justin Hoh, kempunan untuk mengecapi gelaran Kejohanan Badminton Terbuka Northern Marianas selepas kecundang secara straight set, sebentar tadi. 

Justin terpaksa akur dengan kehandalan pemain Taiwan, Tsai Cheng-han, 21-12 dan 22-20.




Selepas kekalahan set pertama, Justin selesa menerajui permainan 16-8 tetapi bagaikan ada tidak kena, dia melepaskan 11 mata berturut-turut untuk berputih mata meraih kejuaraan keduanya tahun ini. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video