Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mendapatkan penjelasan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung dakwaan dua pemain badminton negara dilaporkan berdepan masalah hutang yang serius dengan 'ah long' kerana terbabit dengan judi bola sepak.
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata beliau tidak boleh membuat ulasan lanjut berhubung isu berkenaan selagi tidak memperolehi maklumat lengkap daripada BAM.
"Kalau perkara ini haram, tidak dibenarkan dan melanggar peraturan yang telah termaktub dalam BAM, jadi ia satu isu serius yang perlu dikendalikan dengan sebaik mungkin (oleh pihak terlibat),” katanya di Menara KBS hari ini.
Sebuah laman web sukan tempatan, hari ini mendedahkan dua pemain tersebut dipercayai gagal melunaskan hutang dengan lintah darah yang dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit kerana terlibat dengan judi bola sepak.
Susulan kes berkenaan, BAM dilaporkan telah memanggil kedua-dua pemain berkenaan, yang tidak dinyatakan nama mereka, untuk memberi keterangan lanjut kepada badan induk itu.
Dalam pada itu, Syed Saddiq percaya penubuhan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Badminton diharap dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara BAM dan kelab-kelab swasta di negara ini dalam melahirkan lebih ramai pemain baru yang berbakat di negara ini.
Beliau pada masa sama yakin jawatankuasa berkenaan dapat mencari penyelesaian terbaik dalam mengembalikan semula kegemilangan sukan badminton negara.
Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan hasil sesi 'townhall' KBS bersama BAM di Akademi Badminton Malaysia, 14 Mac lalu.
Sementara itu, BAM hari ini mengesahkan tiada pemain mereka sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BAM dalam satu kenyataan hari ini berkata persatuan tersebut sedang membantu dan bekerjasama dengan BWF dalam beberapa aspek siasatan, yang butirannya tidak dapat didedahkan.
“Kami mahu menjelaskan bahawa tidak ada pemain kami yang terlibat dengan siasatan BWF.
“Disebabkan ini merupakan satu siasatan BWF yang sedang berjalan, BAM tidak akan memberikan sebarang komen lagi berkaitan isu ini,” kata kenyataan itu.
-- BERNAMA