Juara Kejohanan Seluruh England 2003, Hafiz Hashim, meluahkan kebimbangannya terhadap hala tuju semasa skuad perseorangan negara, yang kini kelihatan tenggelam berbanding skuad beregu.
Hafiz, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih kelab Suchitra di Hyderabad, India, menilai kejayaan berterusan diraih oleh beregu negara seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Zze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, kian menunjukkan jurang prestasi ketara berbanding skuad perseorangan.
Dengan ketiadaan wakil pemain perseorangan negara di podium kejuaraan utama kebelakangan ini, ia jelas mencetuskan kegusaran, lebih-lebih lagi apabila tiada wakil lelaki atau wanita yang betul-betul mampu mencabar kelompok 10 terbaik dunia secara konsisten.
"Bagi saya kerjasama di anatara jurulatih dan pemain beregu negara agak sesuai kerana daripada segi komunikasi, Malaysia dan Indonesia lebih mudah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Jadi, pencapaian yang diperoleh mereka di tahap yang lebih tinggi juga disumbangkan oleh pemahaman ini.
"Saya tidak boleh nafikan yang jurulatih sedia ada ketika ini, terutama dalam sektor beregu, amat berprestasi.
"Pemain perseorangan kita kurang daripada segi mental untuk menerima latihan yang lebih tinggi, jadi apa yang saya nampak, mereka kekurangan latihan untuk bersaing.
"Kalau kita lihat, mereka memang jauh ketinggalan dengan pemain dari China, Korea Selatan dan Jepun, terutama daripada segi ketahanan tubuh sewaktu bermain," katanya.