Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Sabtu ini, setelah mengetahui siapa yang akan memegang tampuk kepimpinan badan induk itu, persoalannya kini tertumpu kepada jawatan timbalan presiden dan agenda yang akan dibentangkan.
Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai, menjelaskan proses pemilihan timbalan presiden akan ditentukan pada hari berkenaan.
Terdapat dua kekosongan untuk diisi bagi jawatan timbalan presiden.
Calon akan ditentukan dalam kalangan 14 presiden persatuan negeri dan seorang lagi calon akan dipilih sama ada individu di dalam mahupun di luar BAM.
"Selepas pemilihan presiden dan timbalan presiden, kami akan mengadakan mesyuarat khas ahli majlis (BAM), di mana presiden dengan persetujuan ahli majlis akan melantik setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari.
"Sembilan pengerusi jawatankuasa juga berkemungkinan dilantik dalam masa yang sama," katanya.
Selain itu, AGM BAM juga akan memilih Datuk Seri Norza Zakaria untuk memegang jawatan presiden BAM secara rasmi.
Bagi Norza, siapa pun yang akan mengisi jawatan timbalan presiden, beliau tidak menghadapi sebarang masalah dan bersedia memacu badan induk itu untuk meneruskan misi menghasilkan barisan pemain bertaraf dunia.
"Saya akan cuba memberi sedikit penerangan terhadap hala tuju yang akan dibawa pada 29 April ini dalam AGM tersebut.
"Saya telah pun merangka serba sedikit apa yang akan dibangkitkan, lusa," kata Norza.