"Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, perlu membentuk perwatakan persis harimau yang bersedia menerkam mangsa jika mahu jadi pemain berstatus elit."
Itu pandangan bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj.
Beliau yang sentiasa mengikuti perkembangan pemain berusia 21 tahun itu melihat perseorangan kebangsaan berkenaan tidak konsisten apabila berada dalam gelanggang.
James mengibaratkan legenda China, Lin Dan, sebagai pemain yang bukan sahaja luar biasa ketika beraksi tetapi berupaya menyuntik gerun dalam diri lawan.
Ia dibuktikan dalam Terbuka Indonesia apabila Zii Jia menafikan pemain bertaraf juara dunia dan Olimpik, Chen Long, tetapi tewas kepada lawan seangkatan dengannya, Anders Antonsen.
"Dia bermain sangat baik ketika berdepan Chen Long dan bukan mudah untuk menewaskan lawan dari China itu. Itu sepatutnya menjadi batu loncatan tetapi malangnya dia gagal meneruskan prestasi sama ketika berdepan Antonsen. Saya sangka dia akan menang," katanya.
"Zii Jia perlu lebih serius. Dia perlu masuk ke gelanggang seperti seekor harimau. Saya masih ingat ketika saingan Olimpik 2012, di mana Lin Dan masuk ke gelanggang seolah-olah ingin membunuh Datuk Lee Chong Wei."
Atas dasar itu, katanya, penting buat Zii Jia memanfaatkan baki latihan sepanjang dua minggu sebelum kempen Kejohanan Dunia di Basel, Switzerland membuka tirai 19 Ogos ini.
"Dia masih ada masa untuk perbaiki diri. Dia perlu mengikut setiap tunjuk ajar jurulatih. Seperti saya katakan, dia hilang serius, agresif dan ketepatan sebagai seorang pemain. Dia perlu lebih fokus."