Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam menantikan ganjaran yang dijanjikan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Minggu lalu, Liek Hou dilaporkan menuntut janji insentif berjumlah RM60,000 atas kejayaannya memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Walaupun menerima amaran keras daripada MPM dan berkemungkinan digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan, dia memilih untuk terus mengharumkan nama negara dalam kejohanan antarabangsa.
"Saya ketika ini sedang ada kejohanan di China dan saya sudah tahu mengenai berita ini (kemungkinan digantung MPM)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Apa yang saya mahukan sekarang adalah fokus kepada kejohanan ini dan memenanginya untuk Malaysia dahulu.
"Saya mahu ketepikan masalah ini dahulu. Saya mahu menang demi Malaysia dan mengharumkan nama negara di pentas dunia."