Usah lagi peram bakat perseorangan lelaki muda ketika mereka sudah mempamerkan potensi untuk menjayakan apa sahaja aspirasi badminton Malaysia.
Itu pandangan perseorangan lelaki profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, yang teruja melihat perkembangan bakat muda dalam kem negara.
Sejak dua bulan ini, pemain seperti Lim Chong King, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin merekodkan pencapaian baik.
Chong King, misalnya, sudah layak ke dua pentas final dan memenangi Terbuka Hellas di Greece bulan lalu sementara tarikh 15 September lalu menyaksikan Tze Yong muncul juara Terbuka Australia Selatan.
Mereka akhirnya diberikan penyertaan kejohanan secara konsisten selepas diserapkan ke dalam program kebangsaan musim ini.
"Inilah yang ditunggu-tunggu sejak lapan bulan lalu. Mereka kini telah diberikan peluang beraksi di pentas antarabangsa.
"Berlatih di bawah kendalian jurulatih, Misbun Sidek, saya menjangkakan dalam tempoh setahun lagi mereka dapat seiring dengan Lee Zii Jia," katanya.
Bagaimanapun, Iskandar yang sudah menikmati pelbagai turun naik dalam kem kebangsaan memberikan nasihat untuk barisan pemain muda ini.
"Mereka memiliki potensi serta tahap keyakinan yang semakin meningkat jika kerap turun beraksi. Saingan seperti Piala Thomas, Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menjadi sasaran jangka masa panjang dan mereka perlu berusaha bermula dari sekarang."