Selepas menjadi pemain paling tua memenangi kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland semalam, legenda badminton Indonesia, Hendra Setiawan, 35, dan gandingannya, Mohammad Ahsan, meninggalkan pesanan buat setiap beregu lelaki yang mengimpikan untuk menuruti jejak mereka.
Hendra bukan sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya, malah turut meraikan kejuaran dunia keempat buat dirinya.
Ia merupakan gelaran ketiganya bersama Mohammad Ahsan, yang turut menjangkau usia 31 tahun, selepas kejayaan dalam edisi 2013 dan 2015.
Tuahnya untuk memenangi kejuaraan dunia bermula di Kuala Lumpur bersama Markis Kido pada 2007.
"Sebenarnya, saya tidak menyangka dapat menjadi juara buat kali ini.
"Perlawanan cukup sengit, apatah lagi kami tidak muda lagi," katanya.
"Persaingan sama-sama kuat, lagipun sekarang kami berada pada zaman yang berbeza.
"Usia kami sudah semakin meningkat dan semakin ramai pemain muda yang berkepantasan dan bertenaga kuat.
"Ia membuatkan kami sedikit kepenatan dan perlu bekerja lebih keras lagi," tambah Mohammad Ahsan pula.
Sekalipun berseteru hebat dengan Malaysia, gandingan itu tetap mahu melihat beregu muda negara seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu memenuhi potensi mereka.
Tetapi untuk menjadi yang terbaik, mereka memerlukan elemen pengorbanan dan kemahuan yang luar biasa.
"Mereka mungkin perlu bekerja keras lagi dalam latihan.
"Pada waktu muda, mereka memerlukan lebih latihan," tambah Hendra.
"Buat mereka, jangan cepat puas.
"Kalau sudah bagus, jangan cepat puas kerana mereka masih muda dan harus menurut kata jurulatih," kata Mohammad Ahsan lagi.