Selepas prestasi hambar dalam Terbuka Malaysia 4-9 April lalu, kem negara bertekad mahu memulihkan kembali kepercayaan semua pihak terhadap kemampuan mereka apabila bakal mengibarkan cabaran dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Wuhan, China 25 April ini.
Tidak banyak yang boleh dibanggakan mengenai persembahan barisan negara dalam Terbuka Malaysia sehingga mengundang kritikan ramai pihak.
Kembali fokus menghadapi Kejohanan Badminton Asia, skuad negara mempunyai rehat yang secukupnya kerana kesemua pemain tidak menyertai Kejohanan Masters China yang berlangsung minggu lalu, justeru tiada lagi alasan untuk barisan negara tidak memiliki masa yang mencukupi bagi melakukan persiapan.
Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, juga mengharapkan pemain-pemain negara mampu mara lebih jauh dan tidak lagi menyandarkan harapan tunggal kepada pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.
"Kami masih berada di dalam proses pembangunan, pemain beregu negara sudah mula mengorak langkah untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia. Kami menerima Terbuka Malaysia bukan kejohanan terbaik kami," katanya.
Hanya gandingan campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, serta perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, tidak menyertai kem negara yang akan berentap di Wuhan kerana masih dibelenggu kecederaan.
"BAC akan menampilkan saingan yang sengit buat Malaysia, kami meletakkan sasaran untuk memastikan pemain-pemain negara layak ke separuh akhir di Wuhan."