Bintang muda negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif, masih belum memuktamadkan acara yang serasi untuknya melebarkan sayap dalam sukan badminton.
Penyandang juara perseorangan Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix bulan lalu itu mengakui masih terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada mengikut jejak langkah bapa saudaranya, Datuk Misbun Sidek, sebagai pemain perseorangan atau jejak bapanya, Datuk Razif, dalam acara beregu.
“Buat masa ini, kami belum buat keputusan acara apa, saya hanya fokus kepada kedua-dua acara kerana kami masih muda, masih mendapatkan pengalaman baru, itu yang penting.
“Dalam beregu lelaki, saya hanya digandingkan dengan Justin (Hoh Shou Wei). Kami digandingkan bersama sejak berumur 11 tahun hingga sekarang (15 tahun),” katanya.
Dalam Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Malaysia 2019 yang berakhir di Putrajaya semalam, Muhammad Fazriq yang juga anak bongsu kepada legenda beregu negara itu muncul naib juara beregu lelaki bersama Justin.
Gandingan remaja negara itu tewas kepada rakan sepasukan yang juga pilihan kelima, Ooi Jhy Dar-Yap Roy King, 14-21, 14-21 dalam aksi final.
Walaupun masih belum memutuskan acara yang serasi dengan dirinya, pemain berusia 15 tahun itu sudah memasang impian untuk berada di pentas Sukan Olimpik ketika usianya menjangkau 20 tahun, iaitu temasya 2024 di Paris.
“Harapnya kami dapat ke sana... untuk Sukan Olimpik 2024. Ramai pemain muda (berumur) 19 dan 20 tahun, mereka bergerak pantas dan diharapkan kami juga dapat melakukan sedemikian.
“(Untuk mencapai tahap itu) kami perlu main sebanyak mungkin kejohanan untuk meraih pengalaman dan mempelajari taktikal dan kemahiran baru kerana pemain lain juga lebih berpengalaman daripada kami. Kami kurang daripada segi itu,” jelasnya.
Namun, pemain yang dikaitkan sebagai calon yang bakal menggantikan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, itu berkata sebelum ke pentas berprestij berkenaan, dia dan Justin terlebih dahulu mahu mengukir nama sebagai juara remaja dunia, suatu hari nanti.
Mengakui perjalannya di pentas badminton masih jauh, Muhammad Fazriq turut menyatakan pelbagai pengorbanan dan cabaran perlu diharungi sebelum menggapai status juara di mata dunia.
Muhammad Fazriq mula menjadi bualan hangat setelah merangkul kejuaraan kesembilannya di peringkat remaja dalam Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun apabila menumpaskan Alex Lenier, 21-16, 21-10 dalam final di Jepun, Jun lalu.
-- BERNAMA