Setelah gempar beberapa hari lepas mengenai kes atlet badminton berusia 17 tahun rebah di gelanggang, suka untuk dikongsikan kepada semua tentang bagaimana perkara ini boleh dicegah apabila tiba pada masanya.

Dr Onn Akbar Ali selaku pakar jantung tampil memberikan penerangan lengkap untuk diambil perhatian buat semua supaya lebih peka jika melaui situasi ini di tempat anda kelak.

"Ini nama dia kematian mengejut di kalangan remaja dan ahli sukan ini umur 17 tahun sahaja, badan cergas, bekas juara dunia remaja.

"Tengah main badminton tiba-tiba engkau tengok video ini, rebah hilang semua tanda-tanda nyawa, malangnya tidak dapat diselematkan oleh orang-orang sekeliling dia.

"Tidak dapat CPR, tidak dapat AED.

"Nama saya Akbar Ali, saya pakar jantung hampir selama 20 tahun.

"Saya tidak pernah huraikan isu semasa, saya tak pernah beri komen tentang seseorang, saya tidak pernah komen tentang video orang lain tetapi malam ini saya terpaksa buat video ini kerana saya nak jelaskan secara terperini bagaimana dan apakah itu 'sudden death' ataupun kematian mengejut.

Video penuh adalah seperti di bawah: