Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menegaskan cabaran pemain era kini untuk menjauhkan diri daripada gejala tidak bermoral semakin sukar.
Situasi itu berlaku kerana kemudahan kepada aplikasi maklumat lebih tersedia berbanding ketika dia bergelar pemain suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, persatuan badminton sudah menetapkan dasar hukuman kepada pelanggaran tatatertib kepada pemain yang lewat atau ponteng latihan, merokok, berjudi serta mengatur perlawanan.
"Pemain sedar komitmen yang mereka galas. Jadi, kami juga tidak menerima sebarang perkara selain fokus kepada latihan dan pertandingan.
"Mereka masih muda dan mudah terdedah dengan sebarang pengaruh. Sebagai jurulatih, kami juga bertindak memberi tunjuk ajar agar melalui jalan yang tepat. Itu sebab kami berada di sini," katanya.
Sementara itu, bekas perseorangan lelaki kebangsaan, Iskandar Zulkanain Zainuddin, mahu pemain di bawah naungan BAM agar mengambil iktibar dengan skandal disiplin yang menjadi penghujung kepada waktu dia bersama badan induk negara itu.
Dia yang kini bergelar pemain profesional pernah terpalit dengan kes merokok sewaktu tugasan bersama skuad Piala Thomas 2018.
Pemain berusia 28 tahun itu melihat ketegasan daripada BAM serta inisiatif kesedaran berupaya mencegah atlet, terutama daripada kalangan skuad remaja, untuk menjauhkan diri daripada gejala tidak bermoral.
"Ada segelintir pemain tetapi bukan semua. Kadangkala mereka tidak diberikan pendidikan khusus sehingga terlalu bebas. Sebarang kelas untuk membuat mereka sedar, itu sangat baik tetapi ia bukan bermula daripada peringkat senior tetapi sejak di bangku sekolah," ujar Iskandar.