"Kegagalan Lee Zii Jia mempertahankan kejuaraan Terbuka Taiwan dalam ketiadaan sebilangan besar perseorangan elit dunia tidak menggusarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)."
Itu kenyataan daripada Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, susulan penyingkiran pemain kelahiran Kedah itu, semalam.
Bagi Choong Hann, ia adalah lumrah untuk pemain meningkat naik seperti Zii Jia mengalami prestasi tidak menentu seperti itu.
Selepas layak ke suku akhir Kejohanan Dunia bulan lalu, pemain berusia 21 tahun itu ditunjuk jalan keluar dalam pusingan kedua Terbuka Taiwan oleh lawan tidak ternama dari Indonesia, Shesar Rhustavito.
"Dia melalui tiga kejohanan secara berturut-turut dan hanya memiliki tempoh seminggu untuk mempersiapkan diri menghadapi Terbuka Taiwan.
"Ini merupakan salah satu cabaran kami buat pemain sama ada bersedia atau tidak. Ia bukan sahaja daripada segi fizikal dan mental tetapi mampukah beraksi dalam keadaan mentaliti tidak 100 peratus bersedia," katanya.
"Kadangkala situasi ini akan memberi pendedahan buat pemain tetapi mungkin ketika ini sukar buat Zii Jia untuk menghadapinya."
Bagaimanapun, tidak ada kesempatan untuk Zii Jia berehat panjang sekembali dari Taiwan.
Dia sudah dijadualkan untuk beraksi dalam Terbuka China yang bertaraf perdana sebelum beraksi dalam Terbuka Korea Selatan bagi memastikan dia berada di landasan mencapai misi memecah masuk kelompok 10 terbaik dunia.
"Saya tidak begitu risau dengan persembahannya. Secara keseluruhan, dia meraih sesuatu untuk ranking dan kami perlu melihat kekuatan yang dimiliki, kemudian kedudukan dunia akan dicapai," tambah Choong Hann.