Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, meneruskan cabaran negara dalamTerbuka Malaysia apabila mudah mengetepikan lawan dari Korea Selatan, Jeon Hyuk Jin, sekaligus mara ke separuh akhir.
Muncul sebagai satu-satunya wakil negara dalam suku akhir, banyak harapan yang disandarkan kepada Chong Wei.
Hampir 4,000 penonton memenuhi Stadium Perpaduan Petra Jaya untuk memberikan sokongan kepadanya.
Berdepan Hyuk Jin, Chong Wei menguasai set pertama dan akhirnya mencatat kemenangan 21-11.
Dalam set kedua, Chong Wei terus mempamerkan watak sang jagoan dalam gelanggang untuk menumpaskan pemain muda Korea Selatan itu dengan kemenangan 21-14.
"Dia lebih cergas berbanding saya tetapi yang penting adalah penerapan taktikal di atas gelanggang.
"Saya tidak memberinya peluang dan terus memastikan kemenangan," ujar Chong Wei.
Di pihak Hyuk Jin, tiada apa yang perlu dikesalkan memandangkan dia sudah memberikan yang terbaik.
Empat tahun lalu, dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia, dia tewas kepada pemain negara, Soo Teck Zhi, dalam final.
Kini dia semakin maju daripada Teck Zhi sambil meletakkan dirinya mampu untuk memberi tentangan sengit kepada pemain terbaik dunia.
"Ini kali pertama saya bertemu Chong Wei, dan saya agak teruja. Cuma saya agak berdebar dan gugup kerana ramai penonton hadir dan sukar saya untuk tandingi dia," ujar Hyuk Jin.