Perebutan ranking nombor satu dunia dalam acara beregu lelaki semakin dramatik.
Kedudukan mata antara tiga terbaik dunia sangat rapat dan boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.
Tiga gandingan tertinggi dalam misi masing-masing untuk menghuni tempat pertama dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Kim Astrup-Anders Rasmussen dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bakal diketahui jawapannya dalam Terbuka Indonesia 2025.
Bekas jaguh negara, Zakry Latif, menyifatkan persaingan ini sebagai 'detik penentu era baru badminton dunia'.
"Kelebihan terletak kepada Aaron dan Wooi Yik kerana mereka sedang konsisten dalam empat kejohanan setakat ini.
"Ia juga adalah tekanan terhadap Sze Fei dan Izzuddin yang tercari-cari rentak mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Berdasarkan pengalaman, Zakry turut meluahkan isu berat badan yang tidak dikawal boleh menjejaskan prestasi dan konsistensi atlet, lalu menyarankan pemain negara untuk terus menjaga fizikal bagi mendepani kejohanan-kejohanan besar dengan optimum.
Dalam masa sama, Zakry menyatakan harapan agar penantian 17 tahun tanpa gelaran dalam kategori beregu lelaki dapat dikuburkan.
Zakry yakin wakil negara mampu mengubah sejarah dan kembali mendaki podium tertinggi dunia.
"Pergerakan akan terbatas dan tenaga akan berkurangan jika ada masalah berat badan.
"Dahulu, saya juga begitu. Harus ada pakar pemakanan yang dipantau supaya ada keselesaan untuk bergerak.
"Saya juga berharap rekod 17 tahun saya dipecahkan," tambahnya.

Perebutan ranking No.1 dunia beregu lelaki memuncak di Terbuka Indonesia 2025! ??
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) June 4, 2025
Juara 2008, Zakry Latif yakin penantian 17 tahun kemarau kejuaraan bakal berakhir! ???
Isu berat badan juga menjadi kupasan?#BadmintonMalaysia #TerbukaIndonesia2025 #RoadToNo1@ASTROARENA pic.twitter.com/Sh7RqT4dgK