Skip to main content

Badminton

BAM perlu ada pakar psikologi sepenuh masa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M.Thinaah, seakan-akan kebuntuan semangat dan mentaliti ketika tersingkir di tangan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto semalam.

Ini selepas gandingan nombor tujuh dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan 9-21, 21-14, 21-23.

Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, berasakan ketiadaan pakar psikologi sukan yang berkhidmat sepenuh masa dalam badan induk itu  menjadi antara punca ketidaktentuan prestasi gandingan berkenaan.

"Pearly-Thinaah patut menang, mereka hanya perlukan dua mata tetapi nampak seperti hilang fokus.

"Inilah tugas pakar psikologi sukan untuk memastikan pemain berada dalam keadaan mental yang sempurna sebelum turun beraksi," katanya kepada sebuah media tempatan.
 

Advertisement

Must Watch Video