Skip to main content

Badminton

Badminton: 'Sesetengah orang anggap ia menyalahi undang-undang'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bd.jpg
'Saya akan teruskan sehingga ia tidak lagi dibenarkan'

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen, mengeluarkan maklum balas susulan pertikaian pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Shi Yu Qi, dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark, Sabtu lalu. 

Pemain perseorangan lelaki nombor satu China itu tidak berpuas hati dengan gaya permainan yang ditampilkan bekas Juara Dunia itu yang menuduh sengaja melambatkan aksi sehingga berlaku pertengangan mulut.

Dengan kebiasaan Axelsen memulakan servis dengan cara tersendiri menjadi punca Yu Qi geram dan tertekan untuk meneruskan permainan.

Axelsen dalam satu kenyataan di X menegaskan ia ialah sebahagian daripada taktik yang digunakan sejak sekian lama. 

 

"Pertama sekali, saya telah bermain seperti ini sejak dari dahulu jauh sebelum saya memenangi Sukan Olimpik. Dan, ia sebelum semua membenci serta memberi tumpuan kepadanya.

"Sesetengah orang mengatakan termasuk pengulas beberapa pemain menganggap ia menyalahi undang-undang, tetapi ia tidak mengapa, mereka boleh berfikir apa sahaja yang mereka mahu.

"Jika saya perlu menukar servis hanya kerana ia menyalahi undang-undang, tidak mengapa. 

"Tetapi untuk berfikir saya akan menukar servis yang saya gunakan selama bertahun-tahun hanya kerana sesetengah orang mula membencinya… itu tidak masuk akal.

"Saya akan terus berbuat demikian sehingga saya tidak dibenarkan lagi," katanya. 

Tamat aksi, Shi Yu Qi mara ke final dengan kemenangan rubber set 21-19, 17-21, 21-17 dalam tempoh 75 minit.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video