Saingan suku akhir kejohanan badminton Remaja Allianz menampilkan pertembungan acara perseorangan wanita bawah 13 tahun antara Dayana Farisya Rizuan Sahari menentang Kiera Wong Yin Xuen.

Kiera dengan aksi terbaiknya mendominasi set pertama sebelum Diyana berjaya mengheret ke set penentuan dengan keputusan 22-20 pada set kedua.

Beralih ke set ketiga, Kiera berjaya mengembalikan rentaknya untuk mendahului enam mata sebelum mengesahkan slot ke separuh akhir…

"Saya sangat gembira kerana ia perlawanan yang cukup sengit," kata Kiera. "Dalam awal kejohanan saya beraksi tidak begitu baik jadi saya tidak dijangka untuk menang."

"Diyana bermain dengan baik. Set kedua saya hilang fokus seketika tapi dapat bangkit semua. Ini antara perlawanan paling sukar saya."




Sementara itu, perseorangan lelaki bawah 13 tahun Marcus Hang Yug Hwei berjaya meloloskan diri ke separuh akhir selepas menewaskan Teoh Chong Yee yang juga pasangan beregunya, 21-7,21-14.

"Gembira dalam mara ke separuh akhir,:" kata Marcus. "Ini bukanlah perlawanan yang sukar kerana saya tidak banyak dipaksa bermain rali yang panjang.

"Sasaran saya ialah untuk masuk ke final dan muncul juara. Saya rasa boleh melakukannya."

Lain-lain Keputusan:
Suku Akhir:
Perseorangan Wanita B-13
Lau Xin En mn Tan Jin Er: 12-21, 21-17, 21-5
Chong Wan Xin mn Auni Fatihin Azuan: 21-13, 21-12
Low Zi Yu mn Annabell Gan: 21-18, 21-9