Lapan bulan dalam musim 2023 ibarat mimpi ngeri buat beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing namun tidak sekalipun mereka berputus asa masih tiada dalam fikiran di sebalik kekecewaan demi kekecewaan.
Berbeza dengan musim lalu, beregu itu masih belum ada penampilan ke suku akhir dalam mana-mana kejohanan yang disertai.
Kini mereka mengharapkan agar ada tuah berbeza di Copenhagen, Denmark nanti.
Sebagai beregu bukan pilihan, Kian Meng serta Pei Jing perlu memulakan kempen di pusingan pertama dengan pertemuan menentang pasangan dari Maldives, Hussein Zayyan Shaheed-Fathimath Abdul Razzaq.
"Kedudukan ranking menurun namun kami telah mula menampilkan peningkatkan dalam beberapa kejohanan akan datang. Jadi saya berharap kami mampu mengukuhkan dan memperbaiki kedudukan kami," kata Kian Meng.
"Undian kejohanan bagi saya agak baik, namun kami telah beraksi di peringkat Kejohanan Dunia, jadi setiap perlawanan adalah penting, setiap perlawanan adalah sukar dan kami mahu menghadirkan aksi yang berkualiti."