Kekecewaan tidak berupaya merealisasikan misi kembali ke final Kejohanan Badminton Dunia dan mempertahankan kejuaraan ada buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Tetapi ini bukan masanya untuk bersedih sebaliknya waktu untuk memandang ke hadapan dengan kejayaan di pentas kejohanan akan datang serta Sukan Asia menanti mereka.
Aaron-Wooi Yik ibarat disuntik semangat sebelum turun ke gelanggang bagi aksi separuh akhir susulan prestasi meningkat naik sepanjang kejohanan di Copenhagen, Denmark.
Dan semangat itu dicerminkan saat mereka mengawal game pertama menentang lawan dari Korea Selatan, Seo Sung-jae-Kang Min-hyuk sehinggalah penghujungnya.
Gandingan negara itu hanya memerlukan dua mata pada kedudukan 19-16 untuk menoktahkan kemenangan dalam set pertama bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila Sung-jae-Min-hyuk memaksa deuce sebelum menang 23-21.
Sama ada kekecewaan itu atau lawan tambah berkeyakinan hasil kebangkitan semula, Aaron-Wooi Yik hampa tidak dapat memaksa set penentuan apabila tewas 21-13.
"Set pertama kami telah bermula baik namun terdapat kesilapan yang memberikan peluang lawan mengejar permainan sebelum mengatasi kami," kata Aaron.
"Ternyata ia amat mengecewakan kerana kami mahu ke final namun kami perlu terus melihat ke hadapan."
"Sasaran kami kini akan terarah kepada saingan Sukan Olimpik tahun depan. Setiap apa yang perkara adalah proses perjalanan kami untuk terus ke hadapan," Wooi Yik.
"Kami akan tebus kekalahan ini dalam saingan Sukan Asia."