Astro Kem Badminton (AKB) diserikan dengan 80 peserta yang telah disenarai pendek dalam kem di SLK Sport Centre, Batu Caves hari ini
Kem kali ini lebih tertumpu kepada penilaian terhadap kemampuan peserta menguasai aspek pukulan smash, drop, lifting, bertahan dan drive dengan lebih berkesan.
Salah seorang peserta, Shahadzryl Suhaime, mengimpikan untuk mengikut jejak legenda badmointon negara, Datuk Lee Chong Wei, dan bersedia menjadikan AKB sebagai platform untuk menyerlahkan potensinya ke tahap maksimum.
"Yang pertama saya buat lob dan smash dan yang kedua saya buat drop dan net," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Saya mahu menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei kerana permainannya kemas dan amat stabil."