Skip to main content

Badminton

Al-Amin, Norza cari penyelesaian terbaik buat BAM

al-amin-norza-080417.jpg
Mesyuarat ahli majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Kuching, Sarawak, hari ini menyaksikan masih tiada kata putus sama ada bakal berlaku pemilihan untuk jawatan presiden atau sebaliknya. 

Mesyuarat yang berlangsung selama hampir tiga jam itu berjalan lancar dengan dihadiri semua ahli majlis dan wakil negeri. 

Antara agenda utama yang tertumpu dalam mesyuarat itu adalah pemilihan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan BAM yang diputuskan pada 29 April ini. 

Namun, isu sama ada berlaku pemilihan presiden atau sebaliknya masih lagi menjadi tanda tanya di antara pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid, dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Norza Zakaria. 

Berbaki lebih kurang 20 hari sebelum mesyuarat agung tahunan itu, ahli majlis telah memberikan mandat untuk kedua-duanya duduk semeja membincangkan soal perjanjian 'gentleman' atau melaksanakan undian untuk memilih presiden. 

"Kalau saya diberi peluang seperti yang saya katakan sebelum ini, iaitu sama ada majlis jawatankuasa menerima saya atau Datuk Seri Norza. 

"Dan dalam masa yang sama, kami juga mencari jalan penyelesaian terbaik untuk maju ke hadapan.

"Kami mempunyai tempoh selama tiga minggu untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik buat semua pihak," kata Al-Amin. 

Norza, antara calon yang disebut-sebut dalam surat perjanjian 'gentleman' yang ditulis Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, mengambil pendekatan diplomatik dan bersetuju untuk membincangkan perkara ini secepat mungkin sebelum tempoh mesyuarat agung tahunan. 

"Kami sebagai organisasi yang sentiasa diurus tadbir dengan baik, diberi kepercayaan oleh rakyat sebagai sukan nombor satu, kami akan menentukan apa yang terbaik bahawa institusi ini mengatasi kepentingan individu," ujar Norza. 

Advertisement

Must Watch Video