Skip to main content

Badminton

Aaron-Wooi Yik perbaiki kelemahan sebelum hadapi saingan di Indonesia

aaron-chia.jpg
Menjelang dua kejohanan di Indonesia, gandingan lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tekun memperbaiki kelemahan mereka.

Walaupun mempunyai tempoh dua minggu untuk memperbaiki teknik permainan mereka, Aaron mendedahkan dia yakin ia sudah cukup memadai.

"Selepas pulang dari Thailand, tempoh latihan agak singkat namun segalanya masih lagi berjalan dengan lancar. Kami mengutamakan untuk memperbaiki kelemahan menjelang saingan di Indonesia," kata Aaron.

Gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, pula mengakui ia senario yang ingin dielakkan apabila terpaksa bertemu dengan rakan senegara di pusingan awal kejohanan.

Di samping itu, susulan laungan beberapa pemain mengenai sasaran ranking mereka pada hujung tahun ini, Pearly dan Thinaah kini mengintai harapan sekurang-kurangnya naik ke kelompok lapan terbaik.

Advertisement

Must Watch Video