Skuad sepak takraw Negeri Sembilan lebih selesa dikenali sebagai pasukan bukan pilihan walaupun mempunyai barisan pemain yang mantap dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2019 yang akan membuka tirai Jumaat ini.
Malah, Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans), Wan Mohd Husni Abdullah, sentiasa mengingatkan pemainnya agar fokus terhadap setiap perlawanan walaupun mereka pernah bergelar juara Divisyen 1, musim lalu.
"Kami lebih selesa dengan status ‘underdog’ dan saya juga ingatkan pemain supaya memberi fokus kepada setiap perlawanan yang dilalui.
“Sebagai pendatang baharu, kami menyasarkan untuk kekal dalam saingan liga. Jika berjaya ke Piala Juara-juara, ia boleh dianggap sebagai bonus,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Untuk rekod, pasukan sepak takraw Negeri Sembilan ‘naik pangkat’ ke saingan Liga Premier setelah muncul juara Divisyen 1 dan menduduki tempat ketiga dalam Piala Juara-Juara STL 2018.
Negeri Sembilan diperkuatkan dengan kehadiran tekong import dari Thailand, Wirawut Na Nongkhai, serta dua pemain kebangsaan iaitu Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Hafizul Hayazi Adnan yang bertindak sebagai apit kanan.
Turut tersenarai dalam pasukan berkenaan, lima bekas pemain kebangsaan terdiri daripada Mohd Syazreen Qamar Salehan selaku ketua pasukan, Mohd Hisham Mat (Kelantan), Mohad Nasiruddin Majur Ahmad (Terengganu), Mohd Nor Amizi Mohd Nordin (Johor) dan Zuleffendi Sumari (Kedah).
Wan Mohd Husni berkata majlis pengenalan dan pelancaran pasukan Negeri Sembilan akan diadakan di Klana Resort, Seremban, Khamis ini.
Turut bersaing dalam Liga Premier adalah pasukan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Sabah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perak dan Terengganu.
-- BERNAMA