Gelagatnya pasti mencuri tumpuan lensa. Nyanyian 'Ayuh Kelateku' bersama kibaran bendera negeri sentiasa membakar semangat perjuangan pemain Kelantan Warriors. Kini, dia kembali lagi sambil menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada skuad Merah Putih.
Penyokong tegar Kelantan Warriors, Elihairie Shafie, atau lebih dikenali sebagai Mat Boyie, gembira dengan keputusan Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) yang mahu menggunakan tekong import dari Thailand dalam kempen saingan Liga Sepak Takraw (STL), musim ini.
Tambahnya, kegagalan regu Kelantan Warriors dalam saingan STL dan Piala Juara-Juara, musim lalu berpunca daripada kelemahan di posisi tekong yang kurang konsisten.
"Kami (penyokong) menyokong usaha Kelantan Warriors menggunakan tekong import dalam saingan STL kali ini.
"Selamat datang kepada Apirak Promane dan Sahakan Suiyang. Harap mereka cepat menyesuaikan diri dengan gaya dan corak permainan Kelantan Warriors.
"Tidak lupa, selamat berjuang kepada bekas tekong Johor Tigris, Muhammad Hairee Haidzir, yang bakal mengalas tanggungjawab utama untuk mencabar kejuaraan liga," katanya.
Mat Boyie juga memuji usaha GASTAK memperkenalkan lagu 'Demi Kelantan Warriors' dalam Majlis Makan Malam Sepak Takraw Kelantan di Kota Bharu, malam kelmarin.
"Satu usaha yang baik dan saya akan menyanyikan lagu ini semasa Kelantan Warriors beraksi di gelanggang," ujarnya.
Mat Boyie juga mengajak seluruh penyokong Kelantan Warriors untuk turun menjelajah gelanggang sempena STL musim ini demi bersama-sama memberi sokongan kepada skuad kendalian Mohd Rozi Abd Rahman itu.
"Kelantan Warriors perlukan sokongan peminat setia untuk cuba mencipta sejarah menjuarai STL musim ini," katanya.