Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Negeri Sembilan Antlers yang berjaya merangkul kejuaraan minggu kedua Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Negeri Sembilan, sebentar tadi.
Selepas terpaksa menerima hakikat tersingkir awal di GP Terengganu, namun kebangkitan memukau ditampilkan skuad kendalian Shahir Nasrudin yang meraih kemenangan 100 peratus tanpa tewas di tempat sendiri.
Walaupun diundi satu kumpulan dengan juara bertahan, Melaka Titans, tetapi semangat juang tidak berputus asa menjadi kuasa terbesar juara STL Champions Cup itu memboloti semua kemenangan di N9 Arena, Nilai.
Tanpa ditentang dengan baik oleh Johor Tigris, Antlers mendominasi perlawanan akhir dengan straight set 2-0.
Hafizul Hayazi sebagai perejam wajar diangkat selaku pemain terbaik permainan dengan kerap melakukan libasan padu dan menutup ruang serangan pasukan lawan.