Selepas kekalahan tipis ke atas Melaka Titans pada hari pertama saingan CelcomDigi STL Champions Cup, Ratchaburi Takraw Club (RTC) yang ditunjangi kapten, Pattarapong Yupadee, di samping tekong berbisa, Rattadech Noijaroen dan juga Chattuphon selaku perejam, tampil lebih tenang ketika menentang lawan dari Japan Sepak Takraw.
Dalam mengembalikan keyakinan, kemenangan yang diidamkan RTC juga pastinya menerusi keputusan straight set.
Dan ini menyaksikan cabaran yang cuba diberikan trio Jepun yang diketuai Mito tidak memberikan impak besar, dan kawalan gelanggang yang baik memastikan set pertama kekal milik RTC 15-10.
Set kedua pula berlangsung dengan gambaran awal yang menunjukkan penguasaan penuh oleh RTC.
Dan akhirnya, hanya enam mata berjaya dicuri Jepun, sebelum RTC menutup aksi kedua 15-6.
Beralih ke aksi dalam Kumpulan A membabitkan dua pasukan negara yang sudah pun peroleh kemenangan pertama mereka.
Pertemuan yang penting untuk mendahului Kumpulan A antara Perak Bison berdepan Johor Tigris itu namubn berdasarkan rekod pertemuan, Perak mempunyai kelebihan besar.
Dan ia dibuktikan dalam set pertama apabila gandingan serasi tekong import, Kritsada bersama Aidil dan Aizat terserlah untuk membuka jurang sejauh 12-6 sebelum menutup set awal dengan kemenangan 15-9.
Drama hadir di set kedua apabila pertukaran pemain oleh Najib Iman tampak berkesan menerusi Siwatbancha Seekhwa bersama Hairul Azizi dan Farhan Adam untuk mereka mendahului buat pertama kali 9-7.
Namun Perak Bison tidak goyah, mengejar mata demi mata kemudian kembali memintas, permainan menjadi lebih tegang selepas itu apabila kedua-dua pasukan saling kejar mengejar -- bebrapa kali menyamakan kedudukan sehinggalah mata menjadi 16-16.
Sayangnya servis terakhir Seewatbancha berjaya diangkat dan Aizat Nordin tidak menyiakan peluang terhidang.
Aksi terakhir sesi petang menemukan NS Antlers lawan STFI India Fighters.
Ternyata gandingan Haziq, Zuleffendi dan Hafizul tiada masalah untuk menyerlahkan dominasi di set pertama untuk pantas memimpin permainan untuk memastikan kemenangan di set pertama, 15-8.
Set kedua, kebangkitan yang diharapkan mampu dijelmakan India Fighter tidak berlaku,
Sebaliknya anak buah B. Sharma itu makin hilang rentak sehingga NS hanya membenarkan satu mata diraih mereka sebelum menokhtahkan kemenangan menerusi kemenangan mudah 15-1.