Saya tertarik dengan komen Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi bahawa mana-mana atlet Program Podium akan digugurkan jika dikesan merokok.
"Atlet perlu berhenti merokok. Kami ada peranti untuk mengesan mereka yang merokok. Kalau ada yang didapati merokok, mereka perlu berhenti atau terpaksa meninggalkan Program Podium," katanya.
Satu tindakan bijak!
Tetapi, saya fikir peraturan ini perlu dikuatkuasakan terhadap semua pegawai ISN atau Majlis Sukan Negara (MSN) kerana mereka bekerja di persekitaran atlet negara.
Malah penguatkuasaan zon bebas rokok di KL Sports City, yang menempatkan bangunan ISN/ MSN perlu diperketatkan.
Bayangkan perasaan atlet jika jurulatih, pegawai persatuan atau pegawai ISN/ MSN merokok di depan mereka?
Mereka ini bekerja sebagai satu kumpulan dengan misi utama menghadiahkan pingat emas sulung Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Premis perniagaan di KL Sports City juga perlu dilarang menjual rokok atau bahan mengandungi alkohol.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Saya harap Pengerusi ISN tidak tergolong dalam kumpulan perokok kerana beliau terlebih dulu perlu menunjukkan contoh yang baik kepada atlet naungan badan induk itu.
Saya tertanya-tanya, bagaimana ISN mahu menguatkuasakan peraturan ini?
Adakah mereka akan menjalankan ujian secara rambang seperti ujian doping?
Pasti menarik untuk melihat pegawai ISN/ MSN menjalani ujian itu dan saya harap dibenarkan untuk membuat liputan.
Apapun, saya bukan perokok dan sedia diuji bila-bila masa.