Skip to main content

Rencana

"ZERO SAMPAH"

200216zerosampah-jpg.jpg
Ada yang bermula dengan langkah kanan, menang perlawanan pertama dan Ada yang tewas mau pun yang seri.

Yang menang syabas, kepada yang tewas atau pun seri anggaplah ini baru permulaan dan perjalanan masih panjang lagi.

Tingkatkan lagi usaha dalam memantapkan lagi prestasi masing masing untuk perlawanan akan datang.

Tahniah kepada Pasukan JDT kerana berjaya menjulang Piala Sumbangsih menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti "sudden death". Kemenangan ini amat bermakna kerana kemenangan di hadapan penyokong fanatik mereka dan juga suntikan moral buat pemain pemain untuk meraih lebih kejayaan dalam musim 2016/2017 ini.

Tahniah juga kepada Selangor dalam mengikat JDT di Stdm Keramat mereka di Larkin. Bagi saya itu adalah satu kejayaan buat Selangor kerana semua tahun amat sukar menentang JDT di situ.

Apa yang lebih menarik perhatian saya selepas perlawanan ini adalah kempen Persatuan Bolasepak Trengganu dalam mendidik penyokong penyokong mereka erti bertanggungjawab dalam aspek menjaga kebersihan.

Kempen "ZERO SAMPAH" adalah kempen untuk memberikan kesedaran Sivik kepada semua penyokong penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Trengganu supaya mereka harus pastikan kebersihan di jaga.

Mudah saja Kempen ini mengharuskan jika kamu membawa makanan masuk ke Stadium pastikan anda buang bekas bekas makanan anda selepas perlawanan di tong tong sampah yang disediakan.

Saya amat memuji usaha yang di lakukan di Trengganu ini kerana secara tidak  langsung kesedaran ini boleh mendidik dalam menjaga kebersihan bukan sahaja di Stadium tetapi menjaga kebersihan Negeri Trengganu dan menjadikan rakyat Trengganu menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

Sekalung Tahiniah buat Persatuan Bokasepak Trengganu dan juga Kerajaan Trengganu. Harapan saya agar Kempen ini harus harus diikiuti oleh semua Persatuan Bokasepak dan Kerajaan Negeri dalam usaha memberi kesedaran Sivik kepada semua Rakyat Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video