Elaun, atau pemotongannya, seperti yang digembar-gemburkan dua tekong emas, Syahir Rosdi dan Zulkifli Abd Razak, sebagai punca tidak puas hati mereka hingga mengumumkan bersara, sebenarnya adalah “hukuman denda” ke atas mereka.
Dan, ia hanya dikenakan bagi tempoh satu bulan, iaitu pada bulan Jun sahaja.
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menolak keras kononnya ia sebagai ketidakadilan mahupun aniaya, apatah lagi menyalahi kelaziman seperti dikatakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Malah, sebelum pelaksanaannya mengikut sistem “merit dan demerit” berdasarkan ujian dan rekod bulanan komitmen dan disiplin pemain, sistem itu sebenarnya telah dibincang dengan mendalam di antara pengurusan PSM dan kesemua jurulatih, sesudah itu dihalusi dan mendapat kelulusan Majlis Tertinggi PSM.
Ia turut dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja bersama di antara PSM dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Kesemua pemain skuad sepak takraw kebangsaan turut diberikan taklimat tiga jam berkaitan dengannya hingga mereka mengakui sudah jelas dan faham sebelum sistem tersebut mula dilaksanakan Januari lalu.
.jpg)
“Jadi, apa yang baru sekarang nak bising-bising?,” soal Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail, dalam sidang media “tell all” (dedahkan semua) sempena pelancaran Kelab Sepak Takraw Black Panthers di Penang Golf Resort, Kepala Batas, Khamis lalu.
Syahir dan Zulkifli – yang digelar Panjang dan Sobey – adalah antara 10 pemain yang dikenakan hukuman denda itu kerana tidak menghadiri latihan selama beberapa hari selepas Aidilfitri lalu.
Langkah itu diputuskan pengurusan PSM hasil perbincangan dengan semua jurulatih pada 6 Jun lalu, dua hari selepas Aidilfitri dan dibincangkan pula dalam Mesyuarat Khas Exco PSM dua hari kemudian.
Panjang sebelum ini dipetik sebagai meluahkan rasa tidak puas hati kerana selaku anggota regu emas Sukan Asia 2018, dia hanya mendapat elaun RM3,500 – sama seperti beberapa pemain lain yang tidak pun memenangi pingat emas.
Kini, ia terdedah sebagai hanya separuh kebenaran.
Tok Mat menyambung: “Tindakannya ialah kita memberi hukuman denda.
“Denda dia adalah sama ada turun satu kategori ataupun dua kategori bergantung kepada kesalahan dilakukan.”
Sejak Januari lalu lagi, PSM telah memperkenalkan pemberian elaun bulanan mengikut tiga kategori berbeza -- Cemerlang (RM4,000), Kepujian (RM3,500) dan Baik (RM2,000).
“Syahir diturunkan satu kategori kerana waktu tu, dia tak mai beberapa hari ja,” ceritanya lagi.
“Sobey, kalau termasuk dengan cuti kita bagi, dia ambik cuti raya sampai 10 hari. Sebab tu dia diturunkan dua kategori.”
.jpg)
Seperti dihuraikan Tok Mat, elaun bulanan tertinggi RM4,000 itu juga mempunyai sejarahnya dan tidak harus dianggap sebagai “hak milik kekal”.
“Yang pertama, dari segi skim yang kita bayar, kalaulah mereka tu dapat emas untuk Sukan Asia, ketika itu sebenarnya RM3,500.
“Tapi PSM fight, kita dapat RM4,000 kerana kita dalam (Program) Podium sebelum ni.
“So, ada sejarah di belakang dapat RM4,000 tu.
“Bila kita dah dapat RM4,000, siapa yang dapat emas dia duduk dalam Cemerlang, kelima-lima (pemain) dapat.
“Siapa yang dapat perak, dia duduk dalam Kepujian, keempat-empat pemain dapat.”
“So, bererti tak timbul isu,” tegasnya.
Pada 2 Ogos lalu, Syed Saddiq meluahkan rasa kecewa dengan tindakan PSM yang didakwanya tidak mengikut sistem pembayaran elaun latihan MSN sehingga dua tekong kebangsaan itu nekad bersara.
PSM, tegasnya, sepatutnya mengikut cara pengurusan majoriti persatuan sukan kebangsaan di Malaysia, dan tidak memotong elaun latihan kerana ia persetujuan di antara atlet dan MSN dalam kontrak Program Podium.
"Walaupun duit datang daripada MSN, setiap persatuan sukan perlu mengikut tangga atau elaun yang ditetapkan mengikut prestasi masing-masing. Namun, saya dimaklumkan PSM mengambil keputusan sendiri, berunding dengan setiap pemain untuk membezakannya.
"Kementerian telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan perbezaan dilakukan. Jadi, semua persatuan perlu mengikut tangga elaun yang ditetapkan kerana ia adil. Tidak adil untuk atlet yang tidak sehaluan dengan persatuan. Sepatutnya suara atlet dan jurulatih harus didengar," kata Syed Saddiq lagi.
Tok Mat, bagaimanapun, mempunyai meritnya sendiri dalam hal itu.
“Cuma, kita tak nak macam skim MSN sebelum-sebelum ni ialah you dapat emas tahun lepas, tahun ni sampai hujung tahun atau sampai Sukan SEA berikutnya atau satu lagi Sukan Asia, you akan terus dapat.
.jpg)
“Saya bagitau diaorang (pemain-pemain), you akan terus dapat tapi bukan hadiah – hadiah yang kita bagi ialah tiga bulan pertama saja secara percuma.
“Kemudian bulan tiga, saya arahkan jurulatih untuk memulakan trial (ujian penilaian).
“You nak terus dapat duit tu boleh tapi you kena bekerja keras untuknya.
“Kalau skim ini bagi sekali (sampai bila-bila), pada saya itu merosakkan.
“Budak-budak tak turun latihan sampai dua minggu, dia dapat jugak elaun tu.
“Jadi, kita buat penilaian – kriteria penilaian ada 11.
“Dan bila sesi trial bulan tiga, ketika itu Syahir turun nombor 6.
“Bila diumum Syahir jatuh nombor 6, Syahir dengan Sobey – yang turun nombor 4 -- datang berjumpa saya, kemudian kita bincang.
“Sobey berulang kali kata ‘Yang Datuk buat ni bagus. 3-4 kali dia ulang tapinya dok tapi tapi…
“Akhirnya saya tanya dia, ‘Bey, kau kata aku buat ni bagus, apa yang kau ‘tapi’ banyak sangat?’
“Jawapan Sobey ketika itu ialah ‘Saya takut saya tak boleh bertahan’.
“So, adakah skim yang tak bagus atau mereka rasa peluang yang diberi terbuka luas untuk orang lain pun fight untuk tempat (dalam kategori Cemerlang)?
“So, lima (dalam Cemerlang) tu tak bererti you saja… you (kena) fight.
“Kerana yang dok di bawah tu dalam Kepujian pun boleh naik.”
(ADA SAMBUNGAN LAGI)