Entah apakah masalah Granit Xhaka, pemain tengah pasukan Arsenal yang lebih kelihatan seperti seorang ‘samseng’ berbanding seorang pemain bola sepak profesional.
Dalam perlawanan Arsenal menentang Burnley semalam, Xhaka disaksikan mencekik pemain lawan, Ashley Westwood, sebelum mencampakkan dia ke tanah!
Tidak perlu diperkatakan lagi, sudah pastinya tindakannya itu dihadiahkan dengan kad merah daripada pengadil dan akhirnya Arsenal tewas buat kali ketujuh dalam liga musim ini akibat gol sendiri jaringan penyerang mereka, Pierre-Emerick Aubameyang.
Sungguh memalukan!
Ini bukanlah kali pertama Xhaka berkelakuan sebegini, malah sudah berkali-kali terjadi.
Sewaktu menentang Crystal Palace tahun lalu, Xhaka yang diberikan tanggungjawab selaku kapten pasukan telah menjerit “Pergi jahanamlah!” kepada peminat sebelum menanggalkan jersi yang sepatutnya menjadi lambang kebanggaannya, sungguh kurang ajar.
Perangai Xhaka yang memalukan ini ternyata bukan sahaja tidak disenangi peminat, malah oleh legenda kelab mereka sendiri, Thierry Henry.
.jpg)
Dalam sesi temu bual bersama Sky Sports, bekas pemain Manchester United, Patrice Evra, mendedahkan satu perkara yang menarik.
“Pada satu hari, Henry mengajak saya menonton perlawanan Arsenal di rumahnya.
“Dia menghidupkan televisyen dan imej pertama yang terpapar adalah imej Xhaka mengetuai Arsenal sebagai kapten.
“Henry serta-merta mematikan televisyen.
“Saya tanya kenapa dia buat macam itu, dan jawapannya adalah ‘Saya tak sanggup nak melihat pasukan kesayangan saya diketuai oleh Xhaka’.
“Sudahnya, kami langsung tak tonton pun perlawanan itu!
“Dua tahun lalu, saya pernah mengkritik Arsenal dengan mengatakan yang mereka bermain macam kanak-kanak.
“Xhaka membalas kritikan saya dengan mengatakan ‘Patrice Evra memang celupar dan ini bukan kali pertama dia mengkritik kami’, tapi keesokan harinya dia buat perangai dan menanggalkan jersinya di hadapan peminat.”
Xhaka dibeli oleh bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, tetapi menurut akhbar Daily Mail, pembelian itu sebenarnya didorong oleh pasukan penganalisis data kelab mereka, bukannya atas pemilihan Wenger sendiri.
++++
Masalah yang dihadapi oleh Arsenal ketika ini bukan sekadar perangai Xhaka, malah pemain lain juga turut membuatkan kepala pengurus, Mikel Arteta, berserabut.
Mesut Ozil merupakan satu masalah jangka panjang manakala Willian yang masih gagal menjaringkan walau satu gol sejak dibeli pula adalah masalah baru.
Thomas Partey, yang dibeli dengan perancangan untuk menggantikan Xhaka, dibelenggu masalah kecederaan yang tidak berkesudahan manakala Pierre-Emerick Aubameyang bukan lagi penyerang yang digeruni seperti musim-musim lalu.
16 tahun sudah berlalu sejak Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris, musim ini nampaknya bakal menyaksikan mereka kempunan sekali lagi.