Layanan kasar penyokong Arsenal terhadap Willian mendorong kepada pemergiannya selepas hanya tiga bulan, dedah pemain sayap antarabangsa Brazil itu dalam temu bual bersama pelbagai media.
Willian meninggalkan Chelsea selepas kelab itu enggan memperbaharui kontraknya dan menyertai The Gunners secara percuma pada musim panas tahun 2020 kerana dia masih ingin kekal di kota London.
Biarpun dibayar gaji setinggi £240,000 (RM1.3 juta) seminggu, Willian gagal sama sekali untuk menyerlah dan hanya mampu menjadi pemain kesebelasan utama dalam 16 perlawanan sebelum kontraknya ditamatkan dan dia akhirnya pulang ke Brazil untuk menyertai kelab Corinthians.
Secara keseluruhan, Willian hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam 37 perlawanan.
"Sewaktu saya tiba ke Arsenal, saya begitu bersemangat sejak hari pertama lagi -- satu kelab baru, satu projek baru, rakan-rakan sepasukan yang baru.
"Malangnya, selepas tiga bulan, saya beritahu ejen saya, 'Tolonglah, saya mahu keluar dari sini.'
"Saya enggan mengatakan apa-apa yang buruk terhadap Arsenal kerana mereka adalah sebuah kelab besar dengan sejarah yang kaya, ramai pemain hebat pernah bersama mereka.
"Tetapi saya tidak sesuai dengan mereka, ia adalah tempoh paling sukar sepanjang kerjaya saya." ujar Willian seperti dilaporkan akhbar The Sun.
Willian turut mendedahkan mesej-mesej berbaur kecaman yang diterimanya melalui media sosial.
"Setiap hari, saya menerima banyak mesej daripada penyokong Arsenal. Tetapi, mungkin kerana saya datang dari Chelsea, kebanyakannya adalah mesej kecaman, terutama apabila saya tidak beraksi dengan baik.
"Mesej-mesej itu sentiasa terngiang-ngiang dalam minda saya sehinggalah saya membuat keputusan untuk pergi meninggalkan Arsenal."
.jpg)
Dalam pendedahannya, Willian turut mengakui bahawa jika diberikan pilihan, dia sebenarnya ingin terus kekal bersama Chelsea.
"Sejujurnya, saya memang mahu terus bersama Chelsea.
"Saya memohon agar diberikan kontrak baru selama tiga tahun tetapi pihak pengurusan Chelsea bertegas untuk memberikan saya kontrak dua tahun sahaja.
"Kami seolah-olah bermain tarik tali di situ, saya berkeras mahukan tiga tahun, mereka tetap dengan tawaran dua tahun, berulang-ulang kali.
"Akhirnya, keputusan saya untuk ke Arsenal dipengaruhi oleh perbualan saya bersama Edu, pengarah teknikal Arsenal, serta Mikel Arteta, pengurus Arsenal.
"Mereka membincangkan tentang projek baru Arsenal, satu projek yang cukup menarik dan penuh dengan keazaman tinggi.
"Mereka juga bersetuju untuk menawarkan kontrak selama tiga tahun yang saya mahukan.
"Kesimpulannya adalah saya mahu kekal di England, kekal di London, keluarga saya gembira di London, jadi saya anggap peluang bersama Arsenal adalah sesuatu yang terbaik untuk saya.
"Sayang sekali ia berakhir sebegini.
"Jika saya terus kekal bersama Arsenal, saya tahu saya tidak akan maju, saya tahu saya akan terus bersedih dan saya tidak sanggup untuk mengharungi semua ini semata-mata kerana wang.
"Inilah kisah sebenar tentang perjalanan saya di England," luah Willian dengan penuh emosi.
Setelah mendengar episod perit yang dilalui Willian ini, terlintas nama Pierre-Emerick Aubameyang – penyerang yang pernah disanjung penyokong Arsenal sewaktu dia menunjukkan prestasi puncak dan menjadi penjaring terbanyak kelab pada beberapa musim lalu.
Terbaru, dia hampir pasti menjadi pemain berikutnya yang meninggalkan kelab itu.
Mungkinkah kecaman penyokong dan layanan kurang memuaskan daripada kelab turut menjadi salah satu faktor prestasinya merudum?