Skip to main content

Rencana

Usaha itu jalan kejayaan

221116puskas.jpg
Seluruh Malaysia berasa bangga dengan kejayaan Faiz Subri yang mencipta sejarah apabila buat julung kalinya seorang anak Malaysia terpilih ke senarai pendek Anugerah Puskas FIFA 2016.

Ini satu penghormatan kepada Faiz sendiri dengan pencapaian terbaik dalam kariernya sebagai seorang pemain bola sepak.

Akhirnya apa yang telah diusahakan olehnya selama ini telah mendapat pulangannya.

Ini satu iktibar dan pengajaran yang boleh dilihat bagaimana sekiranya seseorang pemain itu berusaha dengan gigih serta meletakkan satu matlamat untuk men capai apa yang diinginkan.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ingin nyatakan sebab ramai juga yang mengatakan sepakan itu hanya nasib.

Tetapi ramai yang lupa usaha yang dilakukan Faiz untuk menguasai teknik sepakan itu yang perlu diambil kira.

Ini menggambarkan kepada kita bahawa Malaysia sebenarnya tidak ketandusan bakat sekiranya digilap dan dibentuk dengan mentaliti yang betul.

Sudah pasti juga selepas ini ramai anak-anak muda di negara kita akan berangan-angan untuk menjadi seperti Faiz untuk meletakkan nama mereka di persada dunia. 

Ini satu petanda yang positif sekiranya fenomena ini berlaku kepada anak-anak muda Malaysia tetapi bagaimana badan induk bola sepak negara akan memasti fenomena ini dapat berterusan.

Fikirlah satu solusi dengan kejayaan Faiz ini untuk membuka minda dan mampu merubah nasib bola sepak kita.

Usahalah untuk mengangkat kembali bola sepak negara selain memohon doa daripada rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan ke arah kejayaan bola sepak negara khususnya.

Advertisement

Must Watch Video