Masih ada sesuatu yang tidak kena dengan Manchester United.
Di sebalik legenda kelab, Gary Neville cukup gembira dengan prestasi terkini bekas kelabnya itu yang menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, namun rasa sangsi masih menebal dalam dirinya.
United membelasah Leeds United dengan skor 6-2 di Old Trafford hujung minggu lalu dan kini hanya ketinggalan lima mata daripada pendahulu liga, Liverpool.
Persembahan itu merupakan satu perubahan drastik buat United yang terkandas dalam Liga Juara-Juara Eropah awal bulan ini serta hanya berjaya memenangi satu daripada lima perlawanan dalam liga di gelanggang sendiri.

Dalam temu bual yang disiarkan melalui ‘podcast’ miliknya, Neville berkata yang dia terkejut dalam kegembiraan melihat prestasi terkini United tetapi mengakui masih terdapat banyak masalah di dalam pasukan biarpun kedudukan mereka agak selesa buat masa ini.
“United bermain dengan baik sekali.
“Selepas ini, mereka akan berhadapan dengan Leicester dalam perlawanan yang cukup penting tetapi entah kenapa, saya masih berasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Bagi saya, mereka masih belum layak untuk bergelar juara.
“Adakalanya persembahan mereka cukup teruk, terutama dalam separuh masa pertama sesetengah perlawanan dan kesemua ini harus diperbaiki jika mereka mahu mengembalikan zaman kegemilangan United.
“Tidak kira apa pun, kedudukan mereka sekarang cukup mengejutkan. Mereka nampaknya bangkit daripada segala kekecewaan yang melanda sejak berbulan-bulan lalu dan saya harap keadaan ini dapat terus dikekalkan.”
Dalam perlawanan menentang Leeds, pemain muda berbakat besar, Scott McTominay, dinobatkan sebagai pemain terbaik sehinggakan Neville bersenda dengan mengatakan, “McTominay seolah-olah dirasuk oleh Paul Scholes dan Roy Keane serentak”.

Menurut laman sesawang givemesport.com, persembahan McTominay itu mengimbau memori tentang satu video melibatkan perbualan Alex Ferguson dan Jose Mourinho yang tular di media sosial pada 2018.
Dalam video tersebut, Ferguson dan Mourinho bertemu sewaktu satu majlis bagi memperingati mangsa kemalangan udara Munich di Old Trafford, dan Ferguson dipetik sebagai berkata, “Jose, budak ini (McTominay) berbakat besar, kamu harus berikan dia lebih banyak peluang untuk bermain!”
Dari sudut pandangan McTominay sendiri, dia turut mengimbau kenangannya bersama Mourinho sewaktu ‘Si Istimewa’ itu masih menjadi pengendali United.
“Sewaktu saya baru diserapkan ke dalam pasukan utama, saya pernah bergurau kasar dengan beberapa pemain lain.
“Mourinho terus menegur saya dan berkata, ‘Hei budak, bila kamu berada dalam pasukan utama, kamu harus pastikan semua orang menyukai kamu, faham tak?’
“Saya harap Mourinho tahu yang saya bukannya hendak berlagak bagus, sebaliknya saya adalah seorang yang cukup merendah diri,” kata pemain muda warganegara Scotland itu.
Dengan tahun 2020 yang penuh sukar ini hampir melabuhkan tirainya, sama-samalah kita saksikan sama ada United mampu mengekalkan persembahan mantap mereka ataupun tidak.