Ole Gunnar Solskjaer harus berasakan dirinya tidak lagi sepopular ketika ketibaannya di Manchester United selaku pengurus sementara pada 19 Disember 2018.
Atau ketika disahkan dalam jawatannya pada 28 Mac 2019 dengan kontrak tiga tahun selepas satu rentetan cemerlang – menang lapan perlawanan pertamanya dan keseluruhannya menang 14 dan seri dua daripada 19 perlawanan -- susulan mengambil tempat Jose Mourinho yang dipecat.
Namun, berakhirnya jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) tengah malam tadi tanpa United memanfaatkan kesibukan jual-beli pada hari terakhir itu untuk menambah pembelian – sambil penyerang, Romelu Lukaku, berpindah milik – tidak banyak membantu memperbaiki keadaan buatnya.
Barangkali kekecewaan peminat United bukanlah sangat kepada pengurus berusia 46 tahun dari Kristiansund, Norway itu melainkan keluarga Glazer selaku pemilik kelab dan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward, namun Solskjaer turut berasakan tempiasnya.
Bagaimana keadaan terkini United boleh disimpulkan? Mudah saja sebagaimana ciapan dua perenggan seorang peminatnya:
“Tangga kedua setahun lalu, 19 mata di belakang (Man) City dan berbelanja £70 juta (untuk pembelian pemain).
“Tangga keenam setahun kemudian, 32 mata di belakang City dan berbelanja £70 juta juga. Sangat memalukan!”
Tidak syak lagi ia meninggalkan rasa hambar dalam kalangan peminat tegarnya, yang awalnya berasa sangat teruja dengan kebingkasan United sejurus jendela perpindahan dibuka dengan mendatangkan Daniel James, Aaron Wan-Bissaka dan tonggak England, Harry Maguire.
Membelanjakan £148 juta (RM750 juta) -- bagi James daripada Swansea City (£18 juta), Wan-Bissaka daripada Crystal Palace (£50 juta) dan Maguire daripada Leicester City (£80 juta) – namun penjualan Lukaku kepada Inter Milan dengan yuran £58.5 juta yang kesudahannya boleh naik kepada £73 juta, ia bermakna United hanya berbelanja sekadar £75 juta (RM380 juta) menjelang musim baru ini.
Tambahan, dengan pemergian Lukaku, peminat menjangkakan pembelian hari terakhir buat salah seorang daripada Bruno Fernandes daripada Sporting Lisbon atau Mario Mandzukic daripada Juventus – kalaupun tidak kedua-duanya sekali – tapi itu tidak berlaku.
“Jadi, United berkesudahan dengan 66 mata dan City dengan 98 mata musim lalu tapi Ed Woodward berasakan ia sudah memadai dengan pembelian dua pemain kesebelasan utama. Ini jelas satu penghinaan,” ciap seorang peminat lagi.
Lantaran itu juga, tanda pagar #GlazersOut #WoodwardOut #MUFC sudahpun menjadi tular di media sosial dalam pada United mencongak cabaran sulungnya daripada kunjungan juara Liga Europa, Chelsea, ke Old Trafford, Ahad ini.
“Saya hanya dapat berasa simpati kerana Ole, Woodward dan seluruh lembaga pengarah kelab hanyalah satu jenaka,” ciap seorang lagi sebagai menyimpulkan apa yang dirasakan sebahagian peminat United kini, kalaupun tidak majoriti mereka, yang beranggapan kelab itu lebih berorientasikan perniagaan daripada kegemilangan pasukan sejak keluarga Glazer mengambil alih pada 2005.
“Hi @ManUtd adakah Ed (Woodward) masih mahukan satu meja ini ditempah atas nama ‘satu pembelian besar’ atau haruskah kami membatalkannya juga?,” kata satu kiriman Twitter di atas nama ‘Restoran Pizza Hut’.
Di sebalik pelbagai keluh-kesah yang timbul, seorang lagi menawarkan jalan keluar: “Umumkan saja Ole sebagai pemain-pengurus.”
Solskjaer pasti berbulu telinganya.