Seperti siri popular televisyen, MacGyver, yang heronya mempunyai cara bukan konvensional untuk menyelesaikan masalah bersandarkan pengetahuan saintifik, Manchester United harus percaya mereka kini memiliki ‘MacGyver’ untuk mengatasi permasalahan pasukan.
Dan ia bukan pun sains roket yang menyukarkan minda.
Melaburkan £80 juta (RM406 juta) untuk mendatangkan seorang bek tengah daripada Leicester City minggu lalu bagi catatan rekod dunia yuran perpindahan buat seorang pemain pertahanan, United percaya Harry Maguire adalah kunci kepada penyelesaian masalah mereka musim lalu.

Sekurang-kurangnya, Maguire menghadirkan petanda meyakinkan daripada persembahan terpujinya ketika membantu United mengatasi Chelsea 4-0 dalam memulakan kempen musim 2019/20 di Old Trafford, semalam.
Dan ia bukanlah Jose Mourinho jika dia tidak menyindir pengurusan tertinggi bekas kelabnya itu sambil mengingatkan bahawa ia adalah idea asalnya untuk mendatangkan pemain itu – yang jika direalisasikan musim lalu – mungkin menyelamatkannya daripada dipecat Disember lalu.
“Saya fikir dia amat kukuh bertahan dan ia amat penting untuk tidak hanya memiliki pengetahuan taktikal tapi juga personalti, ketajaman membaca permainan, peka sepanjang masa dan keyakinan untuk bermain seperti yang ditunjukkannya.

“Saya mahu menandatanganinya ketika jendela musim panas tahun lalu. Cuma, kedatangannya adalah setahun terlewat,” katanya seperti dipetik Sky Sports selepas perlawanan semalam.
Malah, sebahagian penyokong United terlalu seronok dengan kejayaan memperbudak-budakkan Chelsea hingga mereka menyorakkan nama Mourinho – yang diketahui mereka berada di Old Trafford untuk penampilan pertamanya bersama Sky selaku penganalisis untuk perlawanan itu.
Bezanya, ketika Mourinho masih pengurus United, dia menempuh pelbagai halangan untuk mendapatkan Maguire setelah berbelanja besar membeli Eric Bailly dan Victor Lindelof, juga bagi posisi bek tengah.
Senada dengannya, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, turut percaya Maguire – yang berketinggian 6 kaki 4 inci -- akan menghadirkan impak besar sepanjang musim ini.
Pengurus berbangsa Norway itu memutuskan untuk mendesak pembelian Maguire selepas tertarik dengan kebolehannya ketika Leicester menyekat United untuk hanya meraih kemenangan tipis 1-0 di Stadium King Power, 3 Februari lalu.
“Saya gembira kami memiliki Harry kerana dia akan terus tampil hebat bersama kami,” katanya kepada akhbar The Sun, sambil menambah pemain antarabangsa England itu sentiasa menjadi sasaran nombor satunya.
“Dia telah menunjukkan betapa penting kehadirannya. Dia seorang pemimpin, satu ancaman mendapatkan jaringan dan seorang pertahanan sangat bagus – tapi juga seorang pemain yang tenang.”

United hanya mampu mencatat dua perlawanan tanpa bolos daripada 19 perlawanan liga di Old Trafford sepanjang musim lalu.
Keseluruhannya, The Red Devils bolos 54 gol – terbanyak dalam kalangan enam pasukan teratas – dan 25 daripadanya di gelanggang sendiri.
Derngan Maguire memimpin pertahanan – lebih-lebih lagi gandingan mantapnya bersama Lindelof seperti dibuktikan semalam – barisan belakang mereka harus lebih diyakini.
Sejak peletakan jawatan Sir Alex Ferguson pada Mei 2013, United turut berhempas-pulas mencari seorang pemimpin di atas padang.
Sekali lagi, Maguire – atau MacGyver – boleh menyelesaikannya.