Kekalahan kepada RB Leipzig 3-2 yang sekaligus menyaksikan Manchester United tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah memperlihatkan hashtag #oleout kembali menjadi viral di laman sosial.
Seakan satu trend kepada peminat United di seluruh dunia apabila United tewas, #oleout akan digunakan, akan tetapi apabila United menang sesuatu perlawanan, #oleout akan kembali bertukar menjadi #olein dalam sekelip mata.
Disaat gelaran 'King of Comeback' diberikan kepada The Red Devils susulan kebangkitan meraih kemenangan selepas dibolosi terlebih dahulu dalam beberapa perlawanan, perkara tersebut tidak berlaku dibumi Jerman apabila United yang ketinggalan 3-0, hanya mampu meledakkan dua gol dalam perlawanan tersebut.
Ramai pihak mengkritik keberanian Ole Gunnar Solskjaer mempertaruhkan tiga pemain di bahagian pertahanan yang menyaksikan benteng United begitu longgar apabila diserang RB Leipzig. Kesilapan individu juga sering kali berlaku di kem United dan kali ini pemain pertahanan termahal di dunia, Harry Maguire dikritik hebat atas kegagalannya mengekang asakan yang menyaksikan terhasilnya gol ketiga.

Namun disebalik berbagai kritikan, Ole Gunnar Solskjaer terus mendapat sokongan pihak pengurusan yang percaya OGS masih perlu diberikan ruang dan peluang untuk pelan jangka masa panjangnya membuahkan hasil. Ada juga pihak percaya, ketiadaan individu berkelayakan untuk memegang jawatan 'Sporting Director' turut menjadi punca utama United gagal tampil cemerlang dalaman dan luaran terutama sekali sejak ketiadaan Sir Alex Ferguson.
Biarpun sejak 2018, Manchester United telah mengeluarkan belanja sebanyak 239.62 juta pound untuk perpindahan pemain, yang meletakkan mereka berada di tangga pertama pasukan paling banyak berbelanja, kedudukan di Liga Perdana Inggeris mereka tidaklah begitu memuaskan, malah tersingkir dari UCL menambah lagi bara di kalangan peminat setia mereka.
So, apa nak buat? Dayang selaku peminat Manchester United sebenarnya agak pening melihat hala tuju United, prestasi terumbang-ambing mereka juga mudah diramal. Ada masa bermain begitu bagus, ada masa bermain begitu teruk. Biarpun secara keseluruhan prestasi OGS tidaklah begitu teruk, namun apa yang menimbulkan kemarahan mungkin kerana ianya masih belum mencapai standard sebenar Manchester United.

All eyes on the weekend ?#MUFC #MUNMCI pic.twitter.com/9dIAZiPky1
— Manchester United (@ManUtd) December 10, 2020