Pertembungan di antara Manchester United dan Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi Selasa ini akan menentukan pasukan mana yang lebih bergelut menghadapi musim 2019-20.
Memasuki perlawanan ketujuh, Arsenal kini di tangga kelapan dengan 11 mata, manakala United kini berada di kedudukan ke-11 dengan lapan mata.
Berdasarkan sejarah Liga Perdana, kedua-dua kelab itu bukanlah calang-calang pasukan.

Mereka pernah dilabel sebagai dua daripada empat pasukan gergasi dalam Liga Perdana di samping Liverpool dan Chelsea.
Liverpool kini gah menerajui liga dengan 21 mata, lima mata di depan pencabar terdekat yang juga juara bertahan, Manchester City.
Seperti United dan Arsenal, Chelsea juga bergelut dengan kini berada di tangga keenam dengan 11 mata.
Sebelum ini, baik The Red Devils mahupun The Gunners, kedua-duanya tidak pernah lekang daripada menyertai saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Namun, Arsenal dan United, masing-masing menamatkan musim lalu di tangga kelima dan keenam, dan hanya layak untuk beraksi dalam saingan Liga Europa musim ini.
Ia menyaksikan United kembali ke saingan kelas kedua Eropah itu selepas menamatkannya selaku juara pada musim 2016-17, manakala Arsenal pula sudah terperangkap dalam saingan itu sejak dua musim berturut-turut.
Keadaan itu turut membuktikan betapa kedua-dua pasukan itu semakin bergelut untuk menempatkan diri dalam kelompok elit di England mahupun di Eropah.
Jika satu ketika dahulu, Arsenal dan United boleh dianggap sebagai seteru yang merebut kejuaraan liga, mereka kini harus lebih bersyukur seandainya dapat menamatkan musim di empat tempat teratas.
Justeru, perlawanan di Old Trafford itu akan menjadi titik tolak dalam menentukan pasukan mana yang akan kembali ke kelompok elit dan pasukan mana yang akan terus bergelut di pertengahan liga.
Sudah pasti Ole Gunnar Solskjaer dan Unai Emery sedar akan tekanan yang dihadapi mereka ketika ini dan kekalahan dalam perlawanan itu pasti akan meningkatkan kemarahan segenap penyokong masing-masing.